H1N1 Malaysia-Apa yang anda patut tahu?
Virus H1N1 atau lebih spesifik virus influenza A (H1N1) merupakan virus baru. Jika terjangkit virus H1N1 ini mungkin anda tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin untuk melindungi dari H1N1 ini telah disediakan oleh kementerian kesihatan dan klinik-klinik swasta terlibat. Penyakit ini mudah menular di dalam komuniti. Penularan dalam komuniti mudah merebak dengan cepat dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian h1n1.
Langkah pencegahan dan mitigasi perlu diberi perhatian untuk membendung
wabak H1N1 di Malaysia. Langkah-langkah tersebut dapat mengenal pasti kes H1n1 yang berisiko tinggi. Tindakan awal boleh mengelakkan komplikasi.
Orang ramai memainkan peranan penting dalam menangani wabak pandemik H1N1 ini.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan wajib dipantau dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan H1N1 di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
Simptom h1n1
- Demam
- Bersin
- Batuk
- Hidung berair
- Menggigil
- Sakit sendi
Adakah anda tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza H1N1?
- Kanak-kanak terutama berumur kurang 5 tahun
- Pesakit yang menggunakan aspirin dalam jangka masa panjang,terutama kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 18 tahun.
- Wanita mengandung
- Individu yang mengalami daya ketahanan yang rendah-pesakit dalam rawatan immunosuppression.
- Individu berusia 65 tahun dan ke atas
- Pesakit seperti Asma, neurologik, heamatol ogikal, Kronik Obstruktif, kegagalan organ,penyakit kardiovaskular,hepatik,neuromuscular dan kencing manis.
- Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Apa yang anda tahu tentang Mitigasi
Mitagasi atau keredaan merupakan aktiviti tindakan membendung wabak H1N1 di Malaysia dengan memberi penekanan kepada langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mencuci tangan, amalan kebersihan diri dan amalan adab batuk yang sesuai
Peranan anda bersama masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
Umumnya anda perlu tahu cara virus H1N1 ini merebak.
Penularan H1N1 atau virus Influenza A (H1N1) berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair. Cecair ini dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin.
Apakah amalan baik yang perlu diambil untuk pencegahan?
- Amalan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
- Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
- Gunakan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
Penggunaan penutup mulut dan hidung(Mask)
Pakai penutup muka dan hidung di tempat awam.
Gunakan penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di komuniti jika anda berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza.
Pakai penutup muka dan hidung(mask) jika anda alami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar.
Pesakit berisiko tinggi wajib memakai surgical mask apabila berada di kawasan yang sesak.
Jika anda atau keluarga anda terjangkit virus H1N1, anda patut ikut langkah-langkah di bawah.
- Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
- Sekiranya gejala influenza H1N1 semakin teruk, dapatkan rawatan di hospital pada kadar SEGERA.
- Rawatan awal untuk individu berisiko tinggi jika mengalami gejala influenza H1N1.
- Elakkan berada di kawasan sesak dan batalkan untuk menghadiri majlis keramaian.
- Dapatkan vaksin untuk mereka yang berisiko tinggi
- Sentiasa dapatkan berita H1N1 di Malaysia mengenai situasi semasa dari sumber seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Vaksin H1N1 di Malaysia
Lawati kemudahan vaksin H1N1 Malaysia oleh Kementerian Kesihatan.
Lawati senarai klinik-klinik swasta Klinik Cegah dan rawat H1N1