spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Kanser mulut

Kanser di Malaysia

Kanser mulut di Malaysia berada di tangga keenam 5.2% ditemui di kalangan lelaki India dan 7.7% di kalangan wanita India.

Definisi kanser mulut

Ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam kawasan mulut.

Adakah kanser mulut boleh dicegah?

Pemeriksaan sendiri kanser mulut boleh dibuat hanya menggunakan cermin muka sahaja.

Kesan barah mulut awal dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan elakkan berlakunya hilang upaya yang teruk

Ikuti kaedah pemeriksaan mulut di sini.

Kawasan mulut sering terjadi kanser mulut

Kawasan-kawasan berlaku barah mulut :

  • Lantai mulut
  • Lapisan pipi
  • Lidah
  • Gusi
  • Bibir
  • Lelangit

Punca-punca kanser mulut

Faktor-faktor risiko berkait-rapat dengan kanser mulut:

  1. Tembakau- mengunyah atau menyentil tembakau.
  2. Perokok
  3. Minum alkohol berlebihan.
  4. Menyentil pinang
  5. Terdedah pada pancaran matahari berlebihan.

Tanda-tanda kanser mulut ?

Simptom-simptom barah mulut yang mungkin dilihat:

  • Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan.
  • Ulser mulut tidak sembuh lebih dari tiga minggu.
  • Gumpalan tisu yang tidak susut selepas rawatan.
  • Tompokan putih atau merah di bahagian mulut.
  • Kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan.
  • Kepayahan untuk menelan,mengerakkan rahang atau lidah.
  • Kesakitan di bahagian dalam kerongkong yang berpanjangan.
  • Bengkak pada rahang, leher lebih dari tiga minggu.
  • Tiada selera makan dan berat badan menurun.
  • Halitosis atau nafas berbau.

Bagaimana mengurangkan risiko barah mulut?

Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:

  • Buat pemeriksaan berkala di klinik-klinik.
  • Lakukan pemeriksaan kanser sendiri.
  • Tidak menyentil tembakau atau mengunyah tembakau.
  • Tidak merokok.
  • Tidak minum minuman alkohol.
  • Kurangkan pendedahan kepada sinaran matahari

Rawatan kanser mulut

Rawatan kanser mulut ialah pembedahan.

Pembedahan dilakukan pada kanser mulut tahap 1 dan 2,mempunyai peluang pemulihan yang tinggi dan sedikit kecacatan muka yang sedikit.

Sel-sel kanser mulut biasanya merebak ke bahagian limfa dan aliran vena bahagian kepala dan leher. Oleh itu pembedahan akan melibatkan tisu-tisu kanser dan sistem limfa sekelilingnya.

Pembedahan Rekonstruktif biasanya melibatkan rawatan pembedahan kanser mulut tahap 2 dan 3.

Pembedahan Rekonstruktif ini ialah pemindahan tisu dari bahagian badan yang lain bagi menampal kecacatan akibat dari pembedahan kanser mulut.

Kanser mulut dan pengesanan awal

Program pengesanan awal kanser mulut hasil sokongan individu,masyarakat,media,NGO dan kerajaan membantu mengurangkan penyakit mulut terutamanya kanser mulut di tahap 3 dan 4.

Ikuti cara-cara membuat pemeriksaan sendiri mengurangkan risiko kanser mulut

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Copyright © 2005 - Your Company Name - design by FXstyle-Templates.com spacer.png, 0 kB