| Penyakit herpes dan pencegahan |
Penyakit herpesAnda ingin tahu penyakit kelamin yang mudah berjangkit. Penyakit herpes iaitu Herpes genital sangat mudah berjangkit. Penyakit herpes ini berjangkit melalui hubungan kelamin. Apa itu HerpesPenyakit herpes genital disebabkan oleh virus herpes simplex. Dua jenis virus herpes dikenal pasti: Virus herpes mulut atau HSV 2. Virus herpes genital atau HSV 1. Virus herpes menjangkit dengan memasuki luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Apabila anda dijangkiti virus herpes, virus akan tinggal kekal di dalam tubuh. Virus herpes tidak akan hidup di luar tubuh badan anda. Oleh itu tidak ada risiko penularan melalui perkongsian guna tandas, tuala atau barang-barang lain yang diguna oleh orang yang mengidap penyakit herpes. Tanda-tanda herpes
Komplikasi herpesVirus herpes tidak akan menyebabkan komplikasi yang teruk selain ruam pada kulit jika menjangkiti individu yang sihat. Pesakit HIV dan Aids dan pesakit-pesakit yang mempunyai sistem pertahanan imuniti yang rendah akan mengalami jangkitan herpes yang lebih teruk dan lama. Individu yang menghidapi virus herpes genitalis lebih berisiko untuk membawa penyakit-penyakit kelamin lain termasuk HIV. Jika ibu-ibu melahirkan anak dan mengalami ruam kemaluan disebabkan virus herpes genital, ia boleh menjangkiti anaknya yang baru lahir. Bayi yang dijangkiti akan mendapat komplikasi kerosakan otak, kebutaan atau kematian. Kadar jangkitan mudah berlaku dan lebih tinggi pada bayi sekiranya jangkitan herpes sedang aktif pada ibu semasa bersalin. tanpa kondom). Rawatan penyakit herpesOleh sebab penyakit herpes diakibatkan oleh virus, setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Ubat antivirus oral seperti Acyclovir (Zovirax), Famciclovir (Famvir) dan Valacyclovir (Valtrex), digunakan secara meluas untuk rawatan simptom penyakit herpes ini. Ubat antivirus tersebut boleh membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan. Risiko jangkitan virus herpes kepada pasangan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat oral antivirus. Pencegahan virus herpesAmalkan seks selamat. Gunakan kondom. Jangan bertukar-tukar pasangan. Amalkan seks sihat. Lakukan dengan pasangan sah iaitu suami-isteri. Sekiranya dijangkiti virus herpes genital, beritahu pasangan anda. Tangguhkan aktiviti seks sehingga ruam pada kemaluan sembuh sepenuhnya. Gunakan kondom,jika perlu, bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan virus herpes pada pasangan anda. Kekalkan sistem daya pertahanan kuat dengan gaya pemakanan sihat, sentiasa melakukan senaman badan dan rehat yang cukup. Elakkan bercium jika anda sedang dijangkiti virus herpes genital. Elakkan berkongsi makanan dengan orang yang ada ulser mulut. Mengapa penyakit virus herpes boleh berulang-ulang?Faktor-faktor yang menyebabkan jangkitan berulang: Kekerapan ulangan penyakit herpes berhubung kait dengan sistem pertahanan badan yang rendah. Sistem pertahanan badan rendah berlaku pada:
|
