Waktu klinik

Waktu klinik Isnin-Jumaat:9 pagi-10 malam Sabtu :9 pagi-3 petang Ahad :Tutup Cuti Umum :Tutup

Tekanan darah dan coklat

 

Tahu kah anda coklat boleh turunkan tekanan darah tinggi?

Kajian oleh Dr Brian Buijsse dari German Institute of Human Nutrition mendapati coklat berkemungkinan boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangnya serangan sakit jantung. Kajian ini meliputi umur 35 tahun sehingga 65 tahun, berjumlah 19357 orang. Kajian dijalankan selama 10 tahun. Pengambilan coklat 7.5g/sehari mencukupi untuk tujuan ini. Dr  Brian Buijsse mendapati pengambilan coklat sebanyak 7.5g/sehari mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan strok sebanyak 39 peratus. Kumpulan penyelidik ini mengandaikan flavanol di dalam koko mempunyai kesan baik terhadap kesihatan jantung dan kawalan tekanan darah.

Walaupun begitu  dinasihatkan  pengambilan coklat mestilah tidak melebihi jumlah pengambilan nilai kalori sehari anda.

 

Produk

Pengurusan sakit sendi

Pengurusan sistem imuniti