| Lemak dalam makanan |
Lemak yang ada dalam makanan anda
Jika anda sedang dalam proses menguruskan badan, tip 10 senarai makanan yang tinggi dengan kandungan lemak tersembunyi perlulah diambil perhatian. 10 tip perlu tahu sumber lemak harian anda
Mayones atau (mayonnaise) adalah salah satu jenis sos yang dibuat dari bahan utama minyak sayuran, telur ayam dan cuka. Setiap 100g mayones mengandungi 79gram lemak Elakkan mencampurkan mayones dengan sandwic ayam dan tuna.
Kekacang terkandung dalam sebahagian diet seimbang. Setiap 100g lemak mengandungi 77g lemak. Kandungan lemak agak tinggi walaupun bebas kolesterol dan mengandungi asid lemak baik. Anda patut pilih gajus dan kacang pea jika dalam proses menurunkan berat badan
Setiap 100g anda dihidangkan dengan krimer kopi ia mengandungi 50g Gunakan susu rendah lemak atau bebas lemak ataupun susu tepung.
Ada 50g lemak dalam setiap 100g Hadkan pengambilan kepada empat sudu kecil seminggu.
Snek kerepek kentang setiap 100g mengandungi 35g Baca kandungan komposisi makanan dengan berhati-hati kerana kandungan kalori berbeza bagi setiap produk. Bertih jagung biasa adalah pilihan terbaik daripada snek lain.
Ada 33g lemak setiap 100g keju. Pilih keju rendah lemak. Hadkan juga pengambilan makanan yang banyak menggunakan keju seperti piza, sesetengah hidangan pasta dan sandwic.
Peratus lemak dalam daging sederhana tinggi Setiap 100g hanya mengandungi 31g lemak Masalah anda ialah berlebihan daging dalam menu anda. Belilah daging tidak berlemak termasuk ikan dan ayam yang dibuang kulit. Elakkan sebarang bentuk daging yang mengandungi lemak nyata seperti sosej dan salami.
Setiap 100g pai ayam ada 23g lemak Singkirkan pai dan pastri (croissants) daripada menu sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan. Makanlah makanan bijirin penuh atau gandum.
Anda tahu tak setiap 100g donat mengandungi 22g lemak Menggoreng minyak banyak merupakan cara memasak yang paling tidak baik. Pilih teknik membakar, gril atau merebus sebagai cara memasak.
Lemak mono tidak tepu baik untuk diet seimbang. Setiap 100g avokado mengandungi 17g lemak. Jangan makan avokado secara berlebihan. Avokado pun boleh meningkatkan berat badan.
|
