spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Ujian saringan kesihatan

Ujian Saringan atau pemeriksaan kesihatan untuk anda

Apakah maksud kesihatan?

Kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.

Anda boleh membuat beberapa ujian saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau sebaliknya.

Apakah itu ujian saringan atau kajian kesihatan?

Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan diagnosa dan rawatan.

Apa anda dapat dari ujian saringan kesihatan?

Jika anda dikesan lebih awal mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis, anda boleh dirawat dan dipantau melalui ujian-ujian tertentu untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung.

Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:

  1. Kegemukan (Obesiti)
  2. Tekanan Darah Tinggi
  3. Kencing Manis
  4. Paras kolesterol dalam darah

Mengapakah saya harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut?

Penyakit jantung, angin ahmar dan kanser (barah) adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian.

Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan angin ahmar.

Apa yang diperiksa semasa ujian saringan?

Berat badan berlebihan

  • Berat dan tinggi untuk mengira Indek Jisim Badan (IJB)

Tekanan darah tinggi

  • Tekanan darah

Kencing manis

  • Paras gula dalam darah

Kolesterol

 

Bilakah saya perlu membuat ujian saringan?

Secara umumnya :

Jika anda berumur 25 tahun keatas, seharusnya membuat ujian saringan berkala setiap 6 bulan.

Jika anda berumur 30 tahun keatas dan mempunyai sejarah keluarga darah tinggi,sakit jantung,kencing manis dan kolestrol tinggi ,

anda sepatutnya membuat pemeriksaan setiap 6 bulan sekali.

Dimana anda boleh buat ujian saringan kesihatan?

  1. Klinik kesihatan kerajaan.
  2. Klinik swasta.
  3. Hospital swasta
  4. Makmal swasta.

 

Ingin tahu ujian saringan di klinik cybermedik. Klik ujian kesihatan klinik cybermedik.

 

Siapakah yang perlu anda rujuk selepas mengetahui keputusan ujian saringan?

Jumpa doktor di klinik berhampiran.

Apakah yang harus anda buat untuk memastikan sentiasa sihat?

Amalkan gaya hidup sihat

  • Gaya makan sihat - kepelbagaian jenis makanan mengikut aktiviti fizikal.
  • Gaya senaman sihat - Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 - 30 minit setiap kali.
  • Tidak merokok.
  • Tangani stress dengan sempurna.

 

 

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Copyright © 2005 - Your Company Name - design by FXstyle-Templates.com spacer.png, 0 kB